KLiK-KLik

sAy HyE :)

WeLcOmE To My BloG


BuTtOn

Tuesday 23 April 2013

TeMaN

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas hari ini.

Jari-jemari ku yang mulus ini masih lagi mampu bergerak untuk mencoret sepatah dua kata dekat blog yang tidak seberapa ini.

Aku juga bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku juga masih mempunyai TEMAN yang setia di saat aku suka dan duka.

TEMAN yang selalu bertanya khabarku dan masih mengambil berat tentangku di saat aku suka dan duka.

TEMAN inilah yang telah memberi keceriaan di saat aku kesedihan, memberi semangat di saat aku patah hati.

Terima kasih TEMAN kerana telah memberi aku semangat dan selalu bertanya khabarku.
Semoga perhubungan kita sebagai TEMAN akan KEKAL hingga ke akhir nafasku.

Aku doakan semoga TEMAN berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dilindungi semasa menjalankan tanggungjawab kepada bangsa dan negara dan semoga TEMAN akan selalu mengingatiku dan tidak jemu bertanya khabar tentangku serta selalu memberi semangat kepadaku disaat suka dan duka...
aminnnnn....

comel kan

aucakkk besarkan hidung saye :P

masih seperti dulu kan :O

Monday 22 April 2013

KeRaNa LeLaki Itu

Ermmm gara-gara tengok citer dekat TV9 tadi "KERANA LELAKI ITU" boleh terbawak-bawak plak untuk dijadikan citer dkt blog nie... adoii hebat sungguh penangan citer tu kan...

Sedih sebak semua ada... tak tahu aku nak mulakan dari mana...

KERANA LELAKI ITU, aku susah untuk menerima lelaki lain dalam hidupku,
KERANA LELAKI ITU, aku pandang serong terhadap lelaki, bak kata pepatah "KERANA NILA SETITIK, HABIS SUSU SEBELANGA,
KERANA LELAKI ITU, aku seolah-olah benci lelaki dan aku merasakan semua lelaki sama, hanya suka mengambil kesempatan ke atas kelemahan wanita,
KERANA LELAKI ITU.............


****otak berserabut....... 

Sunday 21 April 2013

So FuNny...

Adoiiiyaiiiiiii aku ingatkan dah mati.. rupa-rupanya masih hidup... haii macam-macam ragamkan manusia nie... Entahlah aku pun tak tahu engkau nak apa lagi dari aku... tak payah nak jadi STALKER sangat la.. aku dah besar panjang untuk aku jaga diri aku sendiri...

Tak guna aku mengharapkan sesuatu yang hanya manis dibibir, yang hanya pandai berkata-kata.. tapi hakikatnyaa.... semuanya macam hampas kelapa... kosong... kosong.. kosong...

Aku bukannya nak marah, nak dendam, nak benci ke apa... sebab apa aku tak marah, tak dendam, tak benci... sebab aku jugak bodoh.. Bodoh kerana mudah sangat percaya dekat org.. mudah sangat termakan dengan janji-janji manis org... sudah-sudah la tu... kita buat la haluan masing-masing... ko dgn cara hidup ko. aku dengan cara hidup aku... aku bukannya yg jenis tak mengenang jasa.. yea la mentang-mentang aku dah berjaya nak tinggalkan ko.. tapi cara yang ko buat tu tak kena... ko seolah-olah nak ambik kesempatan jew dekat atas diri aku yang lemah nie... sudah-sudah la tu yea...

Cuma satu je aku nak ingatkan ko, ko jangan ulangi apa yang telah ko buat dekat aku, ko buat dekat pompuan lain jgk.. tu jew... Dah la ko pun dah besar panjang, banyak pengalaman lagi dari aku.. ko fikirlah sendiri yea...

SUDAH CUKUP-CUKUP SUDAH...
CUKUP SAMPAI DI SINI SAJA...
LEBIH BAIK AKU BLAH...
DARI DOK SAKIT HATI...
lalalalalaalaaaaaaa

Saturday 20 April 2013

BeRTuAh


Adoiii lama sungguh jari jemari halus mulus nie tak menconteng dinding blog nie kan... Pasti korang rindu kan nak tahu tentang perkembangan aku yang sudah sedia kembang nie kan kan kan... Alaaaa kalau tak rindu pun korang buat-buat la rindu.. boleh je kannn... hik hik hik
Sebenarnya banyak benda yang nak dijadikan cerita kali nie.. Tapii aku tak tahu nak start dari mana dulu... Hmmm jap nak fikir yea...

Ok lah nak disenangkan cerita cam gini lah yea.. 

Pada tanggal 15 Februari 2013 aku telah menyibukkan diri dalam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia atau nama glamournya ialah JPAM... Korang tahu tak apa itu JPAM??? kalau tak tahu meh sini nak citerkan serba sedikit... JPAM ialah satu pasukan yang memberi bantuan secara SUKARELA dengan segera untuk mengurangkan beban kepada mangsa atau orang awam. Peranan JPAM ialah Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut mengikut Seksyen 8(1) Akta 221. Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi tentang JPAM korang google la sendiri erkk... 

Mula-mula aku masuk JPAM dah kena kawad seminggu tepi pantai... Muka aku jadi gelap macam arang... Balik rumah anak sedara tanya kenapa muka CHE SU hitam? CHE SU pakai apa?? Akak aku plak gelarkan aku DAYANG SENANDUNG... alahaiii teruk sekali... tergelak aku dibuatnya... 

Tapi sekarang muka aku dah OK dah... nak seputih dulu susah la kan... tapi ok la dari gelap tu... Sabau jew la kan...

Nak dipendekkan citer, hari ni aku rasa amat bertuah sekali. Korang mesti tertanya-tanyakan sebab apa??? Sebabnya ialahhhhhh............. AKU RASA BERTUAH SEBAB DITUGASKAN UNTUK MENJAGA DI TEMPAT PENAMAAN CALON.... wahhhhhhhh first time tu.... bekerjasama dengan PDRM dan RELA... pengalaman yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit oooooo...... Macam-macam karenah dapat tengok hari nie... macam-macam ragam... berbaloii la join JPAM nie....

Hari ni, aku jugak kena BULI.... boleh ke erkkk ckp kena BULI.. hmmm sebenarnya bukan BULI tapi alaaaaaaa kena PUJI dgn seorang koperal tu... Dia cakap aku ISTIMEWA dan CUTE.. alahaiii dah la cakap depan-depan orang.. ramai lak tu dgn JPAM dan PDRM lak tu... adesss padam beb... aku cute ke??? entah la ikhlas ke tak , tak tahu la aku... 

Hmmmm apa lagi erk nak citer??? rasanya dah la kot... dah penat laa.... nak kena bangun awal p sekolah lak.... kalau lewat p sekolah, nanti kena kunci pintu pagar dengan pak cik guard.... xley masuk... hahaha...

K la... selamat malam all... im very happy with my life right now.. i hope everything will be ok... single is better then couple... lalalalalala... NO MAN NO CRY LA......



Tuesday 19 March 2013

SyuKur


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Alahai lama sungguh rasanya aku tidak mencoretkan kata-kata dekat blog nie erk...
hmmm al maklumlah aku sibuk dengan tugas-tugas harian sampaikan takde kesempatan untuk aku berkongsi cerita dkt sini...

Pertama sekali aku ingin mengucapkan syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ranjau kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan...

Aku juga ingin mengucapkan syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi. akhirnya aku berjaya juga menamatkan pelajaran dan menggulung segulung IJAZAH...
Terima kasih kepada bonda dan ayahanda serta family yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada aku sehingga aku berjaya pada hari ini...

Tak lupa juga kepada kengkawan yang banyak membantu aku dalam kehidupan sehari-harian semasa aku bergelar sbg seorg pelajar... Tak lupa juga kepada si dia yang dulunya banyak membantu aku ketika susah dan senang.. 

adoiiiiiiiiii berapa banyak nak terima kasih daaa... k lah.. aku gerak dulu... ada banyak keje lagi yang perlu aku selesaikan ..... daaaaaaaaaaaa

Friday 18 January 2013

KEsUdaHAnnyA...


Apa kesudahannya kisah cinta aku ini??? aku malas dah nak fikir lagi.. semakin difikir semakin sakit jiwa...biarlah masa dan waktu yang menentukan segala-galanya. Aku hanya mampu berserah kepadaNYA... Semoga hari ini akan lebih baik dari hari-hari yang sebelumnya.

Hari ini aku harus bangkit meniti hari-hari yang mendatang... bangkit bangkit dan terus bangkit.......

**Mendiamkan diri lebih baik dari bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah dan sering menyakitkan hati..... 

Thanks my parents and all my frenz give me support to continue my life ... love u all... 

Sunday 6 January 2013

BaNgKiTLaH ..


Ketika burung hidup, semut adalah makanannya. Tapi apabila burung mati, semut memakannya pula.
Sebatang pokok boleh dijadikan berjuta mancis. Tapi hanya sebatang mancis untuk membakar berjuta pokok.

Keadaan boleh berubah dalam sekelip mata... jangan sesekali menyusahkan atau melukakan seseorang di hidup ini. Kamu mungkin berkuasa hari ini tapi masa adalah lebih berkuasa daripada kamu.

Nukilan untuk apa yang berlaku hari ini. Kekalkan semangat semua dan jangan sesekali henti kemaraan dan berputus asa.

Senyum.