Adoiii lama sungguh jari jemari halus mulus nie tak menconteng dinding blog nie kan... Pasti korang rindu kan nak tahu tentang perkembangan aku yang sudah sedia kembang nie kan kan kan... Alaaaa kalau tak rindu pun korang buat-buat la rindu.. boleh je kannn... hik hik hik
Sebenarnya banyak benda yang nak dijadikan cerita kali nie.. Tapii aku tak tahu nak start dari mana dulu... Hmmm jap nak fikir yea...
Ok lah nak disenangkan cerita cam gini lah yea..
Pada tanggal 15 Februari 2013 aku telah menyibukkan diri dalam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia atau nama glamournya ialah JPAM... Korang tahu tak apa itu JPAM??? kalau tak tahu meh sini nak citerkan serba sedikit... JPAM ialah satu pasukan yang memberi bantuan secara SUKARELA dengan segera untuk mengurangkan beban kepada mangsa atau orang awam. Peranan JPAM ialah Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut mengikut Seksyen 8(1) Akta 221. Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi tentang JPAM korang google la sendiri erkk...
Mula-mula aku masuk JPAM dah kena kawad seminggu tepi pantai... Muka aku jadi gelap macam arang... Balik rumah anak sedara tanya kenapa muka CHE SU hitam? CHE SU pakai apa?? Akak aku plak gelarkan aku DAYANG SENANDUNG... alahaiii teruk sekali... tergelak aku dibuatnya...
Tapi sekarang muka aku dah OK dah... nak seputih dulu susah la kan... tapi ok la dari gelap tu... Sabau jew la kan...
Nak dipendekkan citer, hari ni aku rasa amat bertuah sekali. Korang mesti tertanya-tanyakan sebab apa??? Sebabnya ialahhhhhh............. AKU RASA BERTUAH SEBAB DITUGASKAN UNTUK MENJAGA DI TEMPAT PENAMAAN CALON.... wahhhhhhhh first time tu.... bekerjasama dengan PDRM dan RELA... pengalaman yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit oooooo...... Macam-macam karenah dapat tengok hari nie... macam-macam ragam... berbaloii la join JPAM nie....
Hari ni, aku jugak kena BULI.... boleh ke erkkk ckp kena BULI.. hmmm sebenarnya bukan BULI tapi alaaaaaaa kena PUJI dgn seorang koperal tu... Dia cakap aku ISTIMEWA dan CUTE.. alahaiii dah la cakap depan-depan orang.. ramai lak tu dgn JPAM dan PDRM lak tu... adesss padam beb... aku cute ke??? entah la ikhlas ke tak , tak tahu la aku...
Hmmmm apa lagi erk nak citer??? rasanya dah la kot... dah penat laa.... nak kena bangun awal p sekolah lak.... kalau lewat p sekolah, nanti kena kunci pintu pagar dengan pak cik guard.... xley masuk... hahaha...
K la... selamat malam all... im very happy with my life right now.. i hope everything will be ok... single is better then couple... lalalalalala... NO MAN NO CRY LA......



No comments:
Post a Comment